laksana monyet..

Bagaikan monyet.. ya monyet, atau nama manjanya beruk atau lebih glamour bagi sesetengah kawasan dengan nama ‘head boy’.

Tatkala monyet sedang berpaut pada pohon kelapa, angin rebut menerjah, menggegarkan pohon kelapa juga hati si monyet.apa lagi, berpaut makin kuatlah monyet itu pada batangnya..

Tatkala angin sepoi-sepoi bahasa menyapu lembut pipi monyet, membuai-buai hati dan jiwanya.langsung pegangan tangan pada batang menjadi longgar, longlai, menanti masa untuk terhempap ke bawah.

Begitulah sebahagian manusia… manusia yang mengakui keimanannya pada Allah, apatah lagi para daie yang sibuk menyebarkan dakwah,

Tatkala diuji dengan musibah yang nyata, laksana kemiskinan, kesakitan, kekalahan, mereka menjadi lebih kuat, hubungan lebih akrab dengan Allah.Namun, kebanyakan leka dengan musibah dalam bentuk nikmat, harta, masa lapang, populariti, kekuatan, kepetahan berkata-kata dan sebagainya yang akhirnya mengundang kajatuhan insan-insan hebat ini.mereka semakin jauh daripada Allah.

InsyaAllah, sebagai peringatan untuk diri dan anda agar sama-sama memperkuat keterikatan hati dengan Allah baik tika ditimpa dugaan berbentuk kesusahan dan juga kesenangan..

>> kita bukan seperti beruk!kita bukan!-bukan!! kita manusia, sebaik-baik ciptaan,tetapi kita lemah, kita sering berkeluh-kesah.Kita hanya menjadi kuat dengan Allah..

*diolah daripada petikan filem Sang Murabbi

Advertisements

Pesan Ali bin Abi Talib r.a.

Dibawah ini adalah beberapa untaian kata yang dinisbahkan kepada Khalifah ar-Rasyidin keempat,  Ali bin Abi Talib r.a yang diambil dari buku “Mutiara Nahjul Balaghah” yang disyarah oleh tokoh islah Muhammad Abduh dan diteliti serta ditahkikkan kembali oleh Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid ( Fakulti Bahasa Arab al-Azhar Mesir), terbitan Mizan terjemahan Muhammad al-Baqir. Semoga ada beberapa hikmah yang boleh diambil, insyaAllah.

“Wahai manusia, janganlah sekali-kali merasa kesepian diatas jalan kebenaran hanya disebabkan sedikitnya orang yang berada disana. Sesungguhnya kebanyakan manusia telah berkumpul menghadapi hidangan yang hanya sebentar saja kenyangnya namun lama sekali laparnya.
Wahai manusia, sesungguhnya hanya ada dua hal yang menggabungkan manusia, yaitu persetujuan atas sesuatu dan penolakan terhadapnya.
Seperti halnya pembunuhan unta kaum Tsamud; yang menyembelihnya hanya satu orang tapi Allah menjatuhkan azab atas mereka semua, disebabkan mereka menyetujui perbuatan itu dan tidak menentangnya.”

“Akan datang suatu masa ketika orang yang didekatkan oleh para penguasa hanyalah mereka yang pandai memfitnah orang lain; yang diterima ucapannya hanyalah mereka yang menyimpang dari agama, dan yang dianggap bodoh ialah mereka yang mengatakan kebenaran.
Pada masa seperti itu, sedekah akan dianggap sebagai kerugian, bantuan untuk sanak kerabat hanyalah sebagai alat pamer dan beribadah kepada Allah sebagai perbuatan “sok alim”. Pada saat itu kekuasaan negeri dijalankan berdasarkan saran-saran kaum wanita, kepemimpinan anak-anak dan perencanaan kaum banci.”

“Paksakanlah dirimu agar tetap menanam kebaikan kepada saudaramu disaat ia memutuskan hubungan denganmu. Berusahalah agar tetap bersikap lunak serta mendekatinya disaat ia berpaling darimu. Bersikaplah dermawan kepadanya disaat ia menunjukkan kebakhilannya terhadapmu. Hampirilah ia disaat ia menjauhimu.
Hadapilah ia dengan lemah lembut disaat ia memamerkan kekerasan hatinya. Berilah pemaafan untuknya disaat ia melakukan kesalahan terhadapmu, seolah-olah engkau adalah sahayanya dan dialah yang melimpahkan nikmatnya kepadamu. Tetapi janganlah meletakkan hal itu semua bukan pada tempatnya, atau melakukannya untuk orang yang tidak patut menerimanya.”

“Jangan terlalu merisaukan kezaliman orang yang melakukannya terhadapmu; sebab ia telah mendatangkan kerugian bagi dirinya sendiri dan keuntungan bagimu. Maka tidaklah selayaknya engkau membalas orang yang menggembirakanmu dengan menyusahkannya.”

“Bila kebaikan meliputi suatu masa beserta orang-orang didalamnya, lalu seseorang berburuk sangka terhadap orang lain yang belum pernah berbuat cela, maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim. Tetapi apabila kejahatan telah meliputi suatu masa beserta orang-orang didalamnya, lalu seseorang berbaik sangka terhadap orang yang belum pernah dikenalnya, maka ia akan sangat mudah tertipu.”

“Barangsiapa mengangkat dirinya sebagai pemimpin, hendaknya ia mulai mengajari dirinya sendiri sebelum mengajari orang lain. Dan hendaknya ia mendidik dirinya sendiri dengan cara memperbaiki tingkah lakunya sebelum mendidik orang lain dengan ucapan lidahnya. Orang yang menjadi pendidik bagi dirinya sendiri lebih patut dihormati daripada yang mengajari orang lain.”

“Mencukupkan diri dengan sesuatu yang berada ditanganmu lebih kusukai bagimu daripada usahamu memperoleh apa yang ada ditangan orang lain. Pahitnya kegagalan untuk memiliki sesuatu, lebih manis daripada memintanya dari orang lain.”

“Cara terbaik untuk menjaga sesuatu yang tersimpan dalam wadahnya adalah dengan mengikat erat tali pengikat tutupnya. Demikian pula memperbaiki apa yang tidak sempat kau ucapkan, jauh lebih mudah daripada memperbaiki apa yang terlanjur kau ucapkan.”

Very simple+light tazkirah

Assalamualaikum wbt, moga kalian semua sihat-sihat belaka dan dimuliakan oleh ALLH SWT.

Ingin mengambil masa sejenak sahabat-sahabat sekalian untuk menghayati dan memahami

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

يَوۡمَٮِٕذٍ۬ يَتَّبِعُونَ ٱلدَّاعِىَ لَا عِوَجَ لَهُ ۥ‌ۖ وَخَشَعَتِ ٱلۡأَصۡوَاتُ لِلرَّحۡمَـٰنِ فَلَا تَسۡمَعُ إِلَّا هَمۡسً۬ا (١٠٨)

Di hari itu manusia menuju dgn lurus kepada suara penyeru. Dan kedengaran suara yang sayup2 kerana TAKUT DENGAN ALLAH. Dan tidaklah engkau dengar selain dari bisikan semata-mata. (108) Surah Taha

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Verse ini memetik situasi ketika manusia dihimpunkan pada hari ditiup sangkakala (hari kiamat). Maka semua orang ketika itu takut dan baru menyedari bahawa hari akhirat benar-benar berlaku. Pada waktu ini kita semua dihadapkan ke ‘mahkamah sebenar’ di mana semua amalan kita akan dihisab dan akhirnya menentukan sama ada destinasi akhir kita adalah syurga atau neraka .  Moga2 kita semua dapat mengorak kehidupan kita dengan lebih baik dari hari sehari ke sehari. Saya doakan agar kita2 semua dapat mempersiapkan diri kita dgn preparation yg sewajarnya demi kampung akhirat kelak. Maaf andai mengambil masa kalian. Wassalam~

p/s: Petikan ayat ni memang short shj, dan element dalam ayat ini yang ingin saya ”emphasize’kan di sini ialah mengajak diri kita semua untuk takut kepada ALLAH di samping mengekalkan rasa kehambaan kita di depan-Nya, insyaallah. Wassalam~~

KILAS 2010 Siri 1 ~Jom Sertai!

Assalamu’alaikum, apa khabar?


Moga kalian sentiasa senjahtera di bawah lembayung karunia dan kasih sayang Allah.


Kepada semua bekas-bekas pelajar SERATAS,
iPIS (Ikatan Pelajar Islam SERATAS) bakal menghantar beberapa orang ahli untuk melakukan ziarah sekaligus melaksanakan penyelidikan berhubung keadaan semasa di SERATAS.

Antara objektif dan matlamat penting diadakan Projek KILAS ’10 ini adalah untuk mewujudkan suasana mesra antara bekas pelajar dan warga sekolah, mengeratkan tali silaturrahim antara iPIS, para guru dan staff sekolah, menyampaikan nasihat berguna dan membangkitkan motivasi pelajar SERATAS dan juga hasil kajian yang bakal dimanfaatkan secara bersama dengan pihak sekolah bagi menambah baik serta meningkatkan mutu dan kualiti pelajar SERATAS.

Butiran program adalah seperti berikut

Tarikh / Hari : 23hb – 24hb Jun 2010 / Rabu – Khamis

Tempat kajian : Sekolah Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak.

Sasaran : guru, pelajar, pentadbir sekolah, staf sokongan


Bagi yang berminat menjadi relawan penyelidik untk program KILAS ’10, sila hubungi Fazril – 0132775313

Cinta Tikar Sejadah

Saya bukanlah peminat drama Melayu, Jepun apatah lagi Inggeris. Mungkin minat setiap dari kita berbeza. Saya lebih gemar aktiviti membaca daripada menonton tv sebenarnya. Namun drama yang disiarkan di astro Oasis ini menarik hati saya untuk menontonnya. Ya, sebuah lagi drama Islamik yang cuba diketengahkan dalam masyarakat hari ini, dan nampaknya mesej yang ingin disampaikan juga santai dan sangat terkesan bagi saya.

Tidaklah terlalu mengikuti drama ini, namun setiap kali berpeluang menontonnya, saya akan meluangkan masa di hadapan televisyen. Ceritanya berkisarkan seorang anak yang dilahir dan dibesarkan di France, akhirnya dihantar pulang ke Tanah Air untuk tinggal bersama datuknya, demi mengembalikan Islam di dalam dirinya. Dan di dalam sebuah episod yang disiarkan malam tadi, dialog(diubah sedikit, tak ingat dialog sebenar) yang amat menarik hati saya adalah,

“Atok, saya nak jadi macam atoklah..tapi macam mana ek?”

“Nak jadi macam atok?Senang je…makan banyak, pastu tak payah bersenam…jadilah macam atok…haha”

“haha…atok ni..”

“Ye la..kamu nak jadi macam atok tu, jadi macam mane?”

“hm…nak jadi macam atok bila kolam ikan atok kene racun…atok tenang je…”

“ooo…tu sebab yang tu bukan kolam ikan atok..”

“ye ke?habis tu siape punya?saya punya ke?”

“huhu…tu semua Allah yang punya…Allah bagi kita pinjam sekejap…bila-bila Allah nak ambil balik, kita kene pulangkanlahkan…sebab bukan hak kita pon…”

“ha?”

More

SPS

Alhamdulillah, TPMG (The Professional Muslim Generation) untuk pelajar Malaysia di Republik Czech telah pun lama selesai.

terasa ingin berkongsi sedikit apa yg terkesan di hati sepanjang program 1 hari bersama ustaz maszlee yg dijemput khas dari uk.

subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar.

slot pertama diisi dengan pembentangan oleh ustaz mengenai tema tpmg tahun ini, Super Power Student (SPS). pembentangan ustaz tak seperti kem2 motivasi atau bijak belajar yg biasa. menarik sekali point yg diutarakan oleh beliau. insyaALLAH, saya akan cuba kongsi apa yg saya faham drpd pembentangan beliau.

Pabila kita bercakap tentang ‘super’, kita merujuk kepada ‘supremacy’. kita akan menjadi super mengikut acuan supremacy yg kita fahami. waktu ni, ustaz telah membuka mata saya bhw kita seharusnya memandang supremacy itu pd deen kita yg mulia. apa lagi kemuliaan yg lebih tinggi drpd kemuliaan ILAHI utk hamba2NYA yg berpegang teguh dgn taliNYA?

jadi, ustaz telah mengajukan bahawa kita seharusnya membuang euro-centrism yg bersarang dalam minda kita. apa makna euro-centrism? itulah keadaan bila kita memandang apa yg ada pada eropah itu adalah suatu yg hebat dan apa yg kita buat pun berpaksikan kehebatan eropah itu.

pada pandangan saya, contoh yg kita boleh beri ialah apabila kita semua rasa excited sangat utk pergi sambung belajar di negara2 eropah. cuba beritahu saya berapa ramai yg merasa sgt2 ingin pergi menyambung belajar di bumi anbia’ seperti mesir, jordan, makkah, madinah? ada tak yg berhajat nak hntr anak belajar di negara2 islam seperti iraq, pakistan, iran? kurang kan?

selalunya org akan fikir nak anak g uk ireland australia. kalau tak dpt, baru lah fikir nak hantar ke mesir, jordan etc. mgkn ini pemikiran yg dah berubah, tp itulah jua yg pernah didoktrinkan dalam cara fikir kita. wallahu a’lam pada org lain, saya sendiri mengaku utk itu.

bila kita buang euro-centrism, kita kena gantikan dgn apa ek? so, point kedua ustaz ialah kita kena membangkitkan kembali izzah (rasa bangga) terhadap islam. ni ayat saya la…kita lihat sejarah ummah, bukankah umat islam itu pernah menjadi rujukan, kuasa yg dihormati dan peneraju kemajuan dunia?

kita harus menjadi seorang yg melihat dunia dgn sudut pandang tauhid. maknanya, menjadikan tauhid sebagai asas semua yg ingin dibuat. iaitu dgn rasa kehambaan yg sentiasa tunduk, dan menjadikan syariat sbg neraca pertimbangan.

practically, maknanya kena rasa bhw diri berada di dunia ini tidak sia-sia bahkan harus menjadi seorg yg bermanfaat kpd alam dan manusia.

kena berpaksikan apa yg ingin dilakukan pd apa yg ALLAH suka. ALLAH suka tak saya belajar camni? ALLAH akan redha tak pada saya kalau saya buat begini?

teringat lagu aku hanya umar, oleh hijjaz…

‘kemuliaanku kerana islam’.

adakah kita juga merasakan demikian? islam ini sememangnya mulia namun kdg kala kesucian dan kemuliaannya dicalit oleh keburukan umatnya.

insyaALLAH, mari sama2 berusaha membetulkan sudut pandang kita agar langkah kita akan lebih lurus. mari menjadi super power student!

TAHNIAH BUAT ADIK-ADIK

Salam. Alhamdulillah keputusan SPM sudah pon diumumkan baru-baru ni. Tahniah buat adik-adik yang berjaya mendapat straight A. Kepada yang tak berjaya, jangan sedih. Hikmahnya pasti ada. Ingatlah setiap yang berlaku dalam ketentuan dan kekuasaan Allah. Dan tak semestinya gagal sekarang, akan gagal nanti. InsyaAllah ana sertakan sekali senarai pelajar yang mendapat straight A untuk SPM kali ini.

1.Ahmad Zuhaili bin Basri
2.Azdayanti
3.Noorshazlin binti Meor Shamsudin
4.Saidatul Akma
5.Amer Ekram
6.Muhd Faizal b. Ismail
7.Ainun Munirah binti Zulkifli
8.Nur Liyana binti Zabidi
9.Muhd. Faiz b. Muhd Jais
10. Muhd Hazman b. Omar
11.Muhd Nazrin

Previous Older Entries Next Newer Entries