Cinta Tikar Sejadah

Saya bukanlah peminat drama Melayu, Jepun apatah lagi Inggeris. Mungkin minat setiap dari kita berbeza. Saya lebih gemar aktiviti membaca daripada menonton tv sebenarnya. Namun drama yang disiarkan di astro Oasis ini menarik hati saya untuk menontonnya. Ya, sebuah lagi drama Islamik yang cuba diketengahkan dalam masyarakat hari ini, dan nampaknya mesej yang ingin disampaikan juga santai dan sangat terkesan bagi saya.

Tidaklah terlalu mengikuti drama ini, namun setiap kali berpeluang menontonnya, saya akan meluangkan masa di hadapan televisyen. Ceritanya berkisarkan seorang anak yang dilahir dan dibesarkan di France, akhirnya dihantar pulang ke Tanah Air untuk tinggal bersama datuknya, demi mengembalikan Islam di dalam dirinya. Dan di dalam sebuah episod yang disiarkan malam tadi, dialog(diubah sedikit, tak ingat dialog sebenar) yang amat menarik hati saya adalah,

“Atok, saya nak jadi macam atoklah..tapi macam mana ek?”

“Nak jadi macam atok?Senang je…makan banyak, pastu tak payah bersenam…jadilah macam atok…haha”

“haha…atok ni..”

“Ye la..kamu nak jadi macam atok tu, jadi macam mane?”

“hm…nak jadi macam atok bila kolam ikan atok kene racun…atok tenang je…”

“ooo…tu sebab yang tu bukan kolam ikan atok..”

“ye ke?habis tu siape punya?saya punya ke?”

“huhu…tu semua Allah yang punya…Allah bagi kita pinjam sekejap…bila-bila Allah nak ambil balik, kita kene pulangkanlahkan…sebab bukan hak kita pon…”

“ha?”

More

Advertisements