Rasulullah s.a.w. dan Pengemis Yahudi Buta

Setiap hari, di sudut pasar Madinah Al-Munawarah, seorang pengemis Yahudi yang buta akan berkata kepada orang yang mendekatinya: “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”. Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. Beliau bertanya kepada anaknya, “Anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?”, lalu Aisyah r.a menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah itu?”, tanya Abu Bakar r.a. “Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.a.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu ?”. Abu Bakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa”. “Bukan, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku!”, jawab si pengemis buta itu. “Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri”, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu: “Aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah SAW”. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a., dia pun menangis dan kemudian berkata: ” Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia….”. Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a

Advertisements

Sudah cukup berhati-hati?

Ketika memandu di jalan yang tidak rata dan berlubang, apakah yang anda lakukan?

Ketika meredah hutan mendaki bukit ketika sedang beriadah bersama rakan-rakan, langkah bagaimana yang akan anda ambil?

Ketika sedang meredah sungai yang dasarnya dipenuhi batu-batu untuk ke seberang, berapa banyak perhatian anda pada setiap langkahanmu?

Juga, ketika melalui jalan yang penuh duri, bagaimanakah anda akan menempuhnya?

Tiada cara berjalan yang lain, melainkan berjalan secara berhati-hati agar tidak terbabas apabila tayar termasuk lubang, tidak terjatuh ketika sedang mendaki, tidak tergelincir ketika sedang menyeberang, dan tidak terluka ketika sedang melalui jalan berduri.

Ini respond manusia, respond yang dipengaruhi oleh pancaindera kita terutamanya mata yang melihat risiko-risiko yang bakal dihadapi jika tersilap melangkah. Respon yang dihantar ke otak untuk mentafsir dan mengawal pergerakan kaki agar berhati-hati dan anggota lain untuk bersedia untuk sebarang kemungkinan. Tidak dinafikan, kedua mata anugerah Allah ini cukup bernilai bagi setiap individu yang dilahirkan mampu untuk melihat.

Namun, bagaimana dengan respon iman terhadap apa yang kedua mata ini lihat di sekelilingnya?

Mari, duduk seketika bermuhasabah tentang sejauh mana mata kita ‘berhati-hati’ terhadap apa yang kita lihat.

Realiti persekitaran

Dunia, dan segala isinya hampir penuh dengan perkara yang memenuhi kehendak musuh iman. Siapakah musuh iman? Dialah AN-NAFS, yang mendiami diri manusia sejak azali, yang sukar untuk mengakui bahawa dirinya adalah hamba Allah sebelum Allah izinkannya mendiami tubuh sebaik-baik ciptaanNya, yakni manusia.

Maka kepada saudara-saudaraku yang masih mampu melihat dengan mata zahirmu, pandanglah ke sekeliling! Kemudian bermuhasabahlah. Apa masih persekitaranmu mentaati Allah? Apa masih persekitaranmu wujud suasana soleh yang mendorongmu untuk mencari redha Allah? Apa masih ada lagi saudara-saudaramu yang sama-sama mengajakmu menjaga mata pandangan daripada memandang perkara yang haram buatmu?

Astaghfirullahal azim…

Jadi bagaimana anda boleh berhati-hati dalam perkara zahir seperti lubang, duri dan batu, tetapi buta dan leka apabila berdepan dengan perkara di persekitaranmu yang turut menggunakan pancaindera yang sama?

Semuanya kerana mata lahiriah kita, tidak punya ‘sesuatu’ yang dipunyai oleh mata hati. Namun perbandingan antara keduanya, cukup untuk membuat kita berfikir sejenak. Itulah AL-IMAN, yang seharusnya mendasari setiap anggota, setiap langkah, setiap detik, setiap nafas malah setiap degupan jantung kita!

Iman mendasari mata hati

Yakin, percaya, membenarkan dan tunduk kepada Allah yang Esa dan mengikuti ajaran PesuruhNya adalah asas kepada jati diri manusia. Asas inilah yang diperlukan untuk setiap daripada kita menjadi lebih berhati-hati dalam setiap perkara yang kita lihat, kita buat dan kita pilih. Juga keyakinan inilah yang bakal menentukan respond kita terhadap perkara-perkara di sekeliling kita.

Daripada Rasulullah SAW:

Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman .

(HR Muslim)

Hakikatnya, manusialah yang memerlukan iman. Manusialah yang perlu menjaga dan memelihara imannya. Kelalaian menjaganya tidak merugikan sesiapa, tetapi merugikan diri kita sendiri juga akhirnya.

Maka saudaraku, saya ingin tanya semula kepada anda. Bagaimana respond iman anda apabila melihat dunia dan realitinya?

Jika masih ada terasa sedih dengan realiti manusia, suburkanlah rasa itu dengan usaha untuk memperingatkan mereka.

Jika terasa marah dengan tindakan manusia lain, kawal rasa itu dan ubah dengan menegur secara bijaksana.

Jika terasa bahagia dengan suasana soleh yang telah tercipta, alhamdulillah dan peliharalah ia.

Jika anda tidak punya rasa, getaran atau tidak tersentuh hati anda pada setiap yang berlaku, maka sujudlah kembali, memohon keampunan pada Allah kerana bimbang sudah kehilangan hati dan sensitiviti imannya.

Kerana secara lahiriah dan ruhaniahnya, kita seharusnya berhati-hati.

Moga Allah redha.

SPS

Alhamdulillah, TPMG (The Professional Muslim Generation) untuk pelajar Malaysia di Republik Czech telah pun lama selesai.

terasa ingin berkongsi sedikit apa yg terkesan di hati sepanjang program 1 hari bersama ustaz maszlee yg dijemput khas dari uk.

subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar.

slot pertama diisi dengan pembentangan oleh ustaz mengenai tema tpmg tahun ini, Super Power Student (SPS). pembentangan ustaz tak seperti kem2 motivasi atau bijak belajar yg biasa. menarik sekali point yg diutarakan oleh beliau. insyaALLAH, saya akan cuba kongsi apa yg saya faham drpd pembentangan beliau.

Pabila kita bercakap tentang ‘super’, kita merujuk kepada ‘supremacy’. kita akan menjadi super mengikut acuan supremacy yg kita fahami. waktu ni, ustaz telah membuka mata saya bhw kita seharusnya memandang supremacy itu pd deen kita yg mulia. apa lagi kemuliaan yg lebih tinggi drpd kemuliaan ILAHI utk hamba2NYA yg berpegang teguh dgn taliNYA?

jadi, ustaz telah mengajukan bahawa kita seharusnya membuang euro-centrism yg bersarang dalam minda kita. apa makna euro-centrism? itulah keadaan bila kita memandang apa yg ada pada eropah itu adalah suatu yg hebat dan apa yg kita buat pun berpaksikan kehebatan eropah itu.

pada pandangan saya, contoh yg kita boleh beri ialah apabila kita semua rasa excited sangat utk pergi sambung belajar di negara2 eropah. cuba beritahu saya berapa ramai yg merasa sgt2 ingin pergi menyambung belajar di bumi anbia’ seperti mesir, jordan, makkah, madinah? ada tak yg berhajat nak hntr anak belajar di negara2 islam seperti iraq, pakistan, iran? kurang kan?

selalunya org akan fikir nak anak g uk ireland australia. kalau tak dpt, baru lah fikir nak hantar ke mesir, jordan etc. mgkn ini pemikiran yg dah berubah, tp itulah jua yg pernah didoktrinkan dalam cara fikir kita. wallahu a’lam pada org lain, saya sendiri mengaku utk itu.

bila kita buang euro-centrism, kita kena gantikan dgn apa ek? so, point kedua ustaz ialah kita kena membangkitkan kembali izzah (rasa bangga) terhadap islam. ni ayat saya la…kita lihat sejarah ummah, bukankah umat islam itu pernah menjadi rujukan, kuasa yg dihormati dan peneraju kemajuan dunia?

kita harus menjadi seorang yg melihat dunia dgn sudut pandang tauhid. maknanya, menjadikan tauhid sebagai asas semua yg ingin dibuat. iaitu dgn rasa kehambaan yg sentiasa tunduk, dan menjadikan syariat sbg neraca pertimbangan.

practically, maknanya kena rasa bhw diri berada di dunia ini tidak sia-sia bahkan harus menjadi seorg yg bermanfaat kpd alam dan manusia.

kena berpaksikan apa yg ingin dilakukan pd apa yg ALLAH suka. ALLAH suka tak saya belajar camni? ALLAH akan redha tak pada saya kalau saya buat begini?

teringat lagu aku hanya umar, oleh hijjaz…

‘kemuliaanku kerana islam’.

adakah kita juga merasakan demikian? islam ini sememangnya mulia namun kdg kala kesucian dan kemuliaannya dicalit oleh keburukan umatnya.

insyaALLAH, mari sama2 berusaha membetulkan sudut pandang kita agar langkah kita akan lebih lurus. mari menjadi super power student!