Mari Sertai Malam Jalinan Ukhwah dan Hari Keluarga

Assalamualaikum,

Kepada :

Bekas pelajar SERATAS,

Ahli IPIS & MEKAR


Program Malam Jalinan Ukhuwah & Hari Keluarga anjuran IPIS dgn Kerjasama MEKAR

Tarikh / Hari

24hb – 25hb Julai 2010 / Sabtu – Ahad


Tempat

Female Sport Complex, UIAM Gombak


Sasaran

Ahli IPIS, ahli MEKAR dan bekas pelajar SERATAS yang menuntut sekitar Lembah Klang dan yang sudah bekerja


Penganjur

Ikatan Pelajar Islam SERATAS (IPIS) dan MEKAR


Objektif Program

1.       Mengumpulkan kembali bekas pelajar SERATAS & anak-anak Perak di perantauan.

2.       Memperat silaturrahim dan membugar kasih sayang antara sahabat-sahabat bekas pelajar.

3.       Memperkenal IPIS dan MEKAR kepada bekas pelajar SERATAS.

4.       Mengeratkan hubungan antara IPIS dengan MEKAR.

5.       Merancang dan menggerakkan secara bersama agenda IPIS & MEKAR dalam mengembalikan kecemerlangan sekolah.

Untuk pendaftaran & sebarang pertanyaan, sila hubungi

sdr. Ku Syafiq (Mat) : 013-2225340



Aturcara Majlis:

24hb JULAI 2010 (Sabtu)

06.00 – 07.00 ptg : Persediaan tapak program
09.00 – 09.30 mlm : Ketibaan para tetamu
09.30 – 09.45 mlm : Alu-aluan pengerusi majlis, ucapan pengarah program
09.45 – 10.30 mlm : Ucapan wakil IPIS & wakil MEKAR
10.30 – 11.00 mlm : Sesi Taaruf / Perkenalan
11.00 – 11.45 mlm : Sesi Jamuan Makan / BBQ
12.00 mlm : Bersurai
25hb JULAI 2010 (Ahad)

07.30 – 08.00 pg : Ketibaan peserta di tapak program
08.00 – 09.30 pg : Sukaneka
09.30 – 09.45 pg : Perlawanan Futsal / bola jaring
09.45 – 11.00 pg : Ucapan wakil IPIS & wakil MEKAR
11.00 – 11.30 pg : Rehat dan jamuan
11.45 – 12.30 tghr : Majlis penutup dan penyampaian hadiah
12.30 tghr : Bersurai

Peta lokasi Ke UIA Gombak:

Peta lokasi Ke Female Sport Complex:


Kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk turut sama memeriahkannya. Jumpa di sana!

laksana monyet..

Bagaikan monyet.. ya monyet, atau nama manjanya beruk atau lebih glamour bagi sesetengah kawasan dengan nama ‘head boy’.

Tatkala monyet sedang berpaut pada pohon kelapa, angin rebut menerjah, menggegarkan pohon kelapa juga hati si monyet.apa lagi, berpaut makin kuatlah monyet itu pada batangnya..

Tatkala angin sepoi-sepoi bahasa menyapu lembut pipi monyet, membuai-buai hati dan jiwanya.langsung pegangan tangan pada batang menjadi longgar, longlai, menanti masa untuk terhempap ke bawah.

Begitulah sebahagian manusia… manusia yang mengakui keimanannya pada Allah, apatah lagi para daie yang sibuk menyebarkan dakwah,

Tatkala diuji dengan musibah yang nyata, laksana kemiskinan, kesakitan, kekalahan, mereka menjadi lebih kuat, hubungan lebih akrab dengan Allah.Namun, kebanyakan leka dengan musibah dalam bentuk nikmat, harta, masa lapang, populariti, kekuatan, kepetahan berkata-kata dan sebagainya yang akhirnya mengundang kajatuhan insan-insan hebat ini.mereka semakin jauh daripada Allah.

InsyaAllah, sebagai peringatan untuk diri dan anda agar sama-sama memperkuat keterikatan hati dengan Allah baik tika ditimpa dugaan berbentuk kesusahan dan juga kesenangan..

>> kita bukan seperti beruk!kita bukan!-bukan!! kita manusia, sebaik-baik ciptaan,tetapi kita lemah, kita sering berkeluh-kesah.Kita hanya menjadi kuat dengan Allah..

*diolah daripada petikan filem Sang Murabbi