Profil
Tujuan iPIS:
1. Menyatukan bekas pelajar SERATAS serta warga SERATAS itu sendiri di dalam satu platform bagi meningkatkan penglibatan ahli-ahlinya dalam aktiviti-aktiviti yang bersifat keislaman, dakwah dan kerohanian disamping melaksakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif;
2. Memugar dan memperkasa budaya ilmu dan memperhalusi tuntutan berakhlak mulia ke arah pembinaan insan berkualiti;
3. Menjadi wahana perkongsian pengalaman yang mampu melatih insan untuk bersifat terbuka, menerima pandangan dan dalam masa yang sama berhikmah dalam menegur pihak lain;
4. Memperteguh kepimpinan dan pelaksanaan aktiviti dakwah melalui penghayatan amalan syura, amal jamÄ`iy & budaya kerja terancang;
5. Menyemai perasaan dan sikap prihatin melalui khidmat secara sukarela;
6. Memupuk semangat cintakan sekolah dengan manhaj yang telus serta memperkasakan semangat ukhwah, persaudaraan dan persahabatan;
7. Menggalakkan penyertaan dalam program yang dijalankan oleh iPIS;
8. Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuh sumber kewangan iPIS;
9. Bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan berkaitan serta pertubuhan-pertubuhan yang lain dalam pelaksanaan program iPIS.
Alamat Perhubungan iPIS:
No. 331, Laluan Taman Meru 27, 30020 Ipoh, Perak, MALAYSIA
