TAHNIAH BUAT ADIK-ADIK
14 Mar 2010 1 Comment
in SERATAS
Salam. Alhamdulillah keputusan SPM sudah pon diumumkan baru-baru ni. Tahniah buat adik-adik yang berjaya mendapat straight A. Kepada yang tak berjaya, jangan sedih. Hikmahnya pasti ada. Ingatlah setiap yang berlaku dalam ketentuan dan kekuasaan Allah. Dan tak semestinya gagal sekarang, akan gagal nanti. InsyaAllah ana sertakan sekali senarai pelajar yang mendapat straight A untuk SPM kali ini.
1.Ahmad Zuhaili bin Basri
2.Azdayanti
3.Noorshazlin binti Meor Shamsudin
4.Saidatul Akma
5.Amer Ekram
6.Muhd Faizal b. Ismail
7.Ainun Munirah binti Zulkifli
8.Nur Liyana binti Zabidi
9.Muhd. Faiz b. Muhd Jais
10. Muhd Hazman b. Omar
11.Muhd Nazrin
Sesi Persekolahan 2010 kini bermula…
03 Jan 2010 1 Comment
in SERATAS
Tirai 2010 yang baru sahaja dibuka, kini sesi persekolahan pula menjelma. Setelah hampir dua bulan bercuti, tentunya warga SERATAS tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan sesi akademik untuk tahun yang baru, di dekad yang baru, dengan azam yang baru.
Tahniah kepada pelajar Tingkatan 4 yang telah memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR 2009 yang lalu. Semoga kecemerlangan kalian diteruskan sampai bila-bila.
Dan buat calon-calon PMR dan SPM tahun ini, mungkin tahun ini mendebarkan kalian. Semoga selamat dalam menempuhinya.
Selamat maju jaya !!!
Buletin iPIS Edisi 1
31 Dec 2009 Leave a Comment
in SERATAS
Alhamdulillah, setelah perancangan dilakukan sekian lama, akhirnya penerbitan sulung buletin iPIS menjadi satu kenyataan. Sebagai salah satu wadah untuk iPIS menyampaikan maklumat, diharap nanti buletin ini mampu menjadikan pelajar dan warga SERATAS lebih mengenali iPIS dan hasrat yang didukung oleh iPIS. Buletin ini dijangka akan diedarkan di sekolah setelah sesi persekolahan 2010 dibuka nanti.
Terima kasih kepada krew yang terlibat. Nantikan kemunculan edisi 2 !!!
Program Kembara Personaliti iPIS
27 Dec 2009 Leave a Comment
in SERATAS
Jun 2009 mencatat kenangan manis bagi iPIS apabila diberi kesempatan untuk ‘turun padang’ dan menjalinkan ukhwah bersama pelajar SERATAS khususnya adik-adik comel pelajar tingkatan 1 ’09 dan kepimpinan pelajar SERATAS.
Program : Kembara Personaliti (khusus bagi Tingkatan 1)
Tarikh : 27-28 Jun 2009
Tempat : Dewan Besar, Surau dan sekitar kawasan SERATAS
Program ini bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada adik-adik Tingkatan 1 terhadap kepentingan pembentukan peribadi dan personaliti yang unggul di peringkat awal remaja, sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran di masa hadapan. Objektif ini dimanifestasi dalam bentuk aktiviti yang menarik dan menguji ketahanan individu di samping mengeratkan hubungan antara iPIS dan adik-adik SERATAS.
Beberapa aktiviti telah dilaksanakan mengikut sasaran yang ingin dicapai oleh program ini, seperti sesi LDK, Explorace, forum ‘Kalau Diri Bergelar Pelajar’ di surau SERATAS, dan diskusi bersama pimpinan pelajar SERATAS di Dewan Kuliah.
Alhamdulillah, dengan usaha dan doa semua program ini telah berjaya dilaksanakan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat ; peserta, fasilitator dan guru-guru. Tidak dilupakan kepada PIBG, Alumni SERATAS dan MEKAR atas sokongan dan dana yang diberikan kepada kami. Kepada adik-adik di SERATAS, teruskan berjuang di medan ilmu dengan sepenuh usaha dan kepada badan kepimpinan SERATAS, jalankan amanah dengan penuh dedikasi dan ikhlas. Semoga setiap usaha kita akan membawa kebaikan kepada semua.
Jumpa lagi pada program yang akan datang…







